Friday, November 18, 2011

Lama dah tak tulis.

Uihh...lama dah aku tak update blog ni. Ntah kenapa malas sangat nak log in blog, asyik log in facebook je.
Aku sekarang dah resign dari Silitech Corporation. Sedih sebenarnya sebab aku dah kerja lama situ, hampir 7 tahun. Tapi apa boleh buat...keadaan memaksa. Huhuhu...
Dan sekarang aku dah stay kat Bidor, buat masa sekarang fulltime housewife...
Hahahaha....boring giler weh!!!



Tuesday, September 6, 2011

Misteri 5 September 2011

Hari Isnin, 5hb Sept 2011. First day kerja setelah seminggu bercuti sempena Hari Raya. Memang malas sangat nak pergi kerja. Semangat raya lagi weiii...

Pagi tu aku sampai awal kat office. Tolak je pintu...gelap. Aku orang first sampai rupanya. Lepas on suis lampu kat tangga dengan lemah longlai aku panjat tangga. Mood nak kerja memamg langsung tak ada, terlintas gak dalam otak nak call boss mintak sambung cuti. Tapi bila aku kenangkan kerja yang bertimbun-timbun nanti aku gagahkan jugak.Sampai kat meja aku on lampu yang betul-betul suluh kat meja aku je. Maklumla, company aku tengah mempraktikkan energy saving sebab tu aku tak bukak lampu satu office.

Lepas je on computer, aku letakkan kepala atas meja, dengan berbantalkan hand beg , aku pejam mata. Rasa aku tak lama pun lepas tu aku terlelap. Aku tersedar bila aku rasa ada orang tiup telinga aku, pastu dia siap gelak-gelak lagi. Aku bukak mata dan toleh ke belakang. Ceh! Nurul rupanya. Nurul office mate yang meja dia sebelah meja aku. Malas aku nak layan dia dan jugak disebabkan rasa mengantuk tak hilang lagi, aku pejamkan balik mata, sambung tidur.

Aku terjaga masa jam 7.50pagi. Tengok Nurul takde kat meja dia. Ni mesti pegi sarapan tak ajak aku ni. Office pun dah ramai orang time tu. Aku pun siap-siap la nak mula kerja. Bukak mana-mana report yang aku kena update pagi ni. Tak lama Nurul muncul kat tangga. "Hang pi makan ka?" "Pi makan apanya, aku baru sampai la.."

Eh!!! Tergamam aku dengar jawapan dia.
Dah tu, sapa pulak yang tiup telinga aku tadi???

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa


Semoga semua ibadah kita dalam bulan Ramadhan ni diterima Allah.

Maafkan aku atas semua kekhilafan.

p/s : jangan lupa niat posa tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...