Monday, May 2, 2011

Misteri di sebalik lagu.

Pagi tadi, sambil-sambil mengadap laptop, aku layan mp3 dari handphone. Masa tu la aku terdengar satu lagi ni. Tajuk lagu tu dalam handphone aku, "Desperate Girl" dan tanpa nama penyayi. Sebenarnya lagu ni adik aku bluetooth kat laptop masa aku baru je beli. Kalau dengar lagu ni tengah malam, tambah-tambah kalau masa tu sorang-sorang, memang agak menyeramkan.Tengok je la lirik lagu tu.

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Reff :
Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti


Siap ada suara perempuan mengilai lagi masa chourus lagu ni.

Malam ni aku teringat teringat nak cari siapa sebenarnya penyanyi lagu ni. Aku pun search kat google. Baru aku tau rupa-rupanya lagu ni tajuknya "Menanti Kekasih" dan dinyanyikan oleh Alda. Ala...yang popular dengan lagu Aku Tak Biasa.



Tapi, cerita disebalik lagi ni lebih menyeramkan.
Lagu ni dirakamkan 3 hari sebelum Alda ditemui mati disebuah bilik Hotel Grand Menteng, Matraman, Jakarta Timur dan disyaki kerana mengambil dadah secara berlebihan pada bulan Desember 2006. Ada kesan lebam akibat suntikan dan buih-buih yang keluar dari mulut pada mayat tersebut.Tapi polis tak pasti samada kes bunuh diri atau dibunuh. Lagu ni pulak mula popular di Indonesia pada tahun 2008.

Misteri kan??

So..korang layan la lagu ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...